28.4.13

Ceritera Hamil ❤ 16 Minggu ❤

No comments:
Bismillahirrahmanirrahim.

Baby Shaklee in progress!

Wah lama betul saya tak update blog ni. Maaf ye. Saya dah pun di hujung minggu ke 16. Alhamdullilah.. Banyak betul yang saya nak kongsikan bersama. Dari mana nak start eh?

Okay, lepas je habis Trimester Pertama, saya dah start consume Trimester Kedua. Dalam set Trimester Kedua ini terdiri daripada Ostermatrix dan Vita-C, tapi Vita-C out of stock (disebabkan permintaan yang terlalu tinggi) jadi saya tukar kepada Vita-C Chewable. Khasiatnya sama, malah ia boleh dikunyah, sedap dan rasa oren! Vita-C ni memang bagus untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan juga menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.

Pengambilan ESP, B-Complex dengan Vita-Lea masih saya teruskan lagi ye.





Nak baca tentang kisah saya? Klik kalau nak.

31.3.13

Shaklee Boleh Membantu Pesakit Tiroid

No comments:
Bismillahirrahmanirrahim.

Apa itu Tiroid?
Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel-sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dan sebagainya.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu sistem yang kompleks.
TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus.
TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH.
TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapa yang BERISIKO?
Nak tahu lebih lanjut? Meh klik.

26.3.13

Kulit Cantik dan Sihat

No comments:

Bismillahirrahmanirrahim.

Antara masalah umum wanita adalah kulit yang kusam, tidak sekata, berjerawat, kulit berminyak, bintik hitam dan mempunyai ruang pori-pori yang luas. Kulit yang cantik dan sihat adalah impian bagi kaum hawa.

Siapa yang tidak mahu cantik kan?

Anak dara, wanita yang telah berkahwin serta kaum adam juga semestinya mahu kelihatan berseri dan segak menawan. Tambahan pula sebagai seorang isteri macam saya, Vitamom yang marvellous, wanita dianjurkan agar berhias didepan suaminya.
Ya Allah Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka hiasalah budi pekertiku dengan akhlak yang baik. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka.

Tapi memang tidak dinafikan ada sesetengah kaum wanita dan kaum adam yang tidak mengambil berat hal kecantikan, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan.

Ramai yang mengambil jalan singkat menutupi segala jerawat dan jeragat serta ruang pori-pori dengan bahan kosmetik yang ratanya tahu ianya tidaklah boleh kekal lama. Jika muka dibasahi dengan air, maka jelaslah kelihatan bintik hitam dan jeragat, akhirnya terpaksalah menutupi dengan bahan kosmetik itu lagi.

Leceh kan?

Kecantikan bermula dari dalam. Jadi suplemen yang super hebat dari Shaklee ini membantu merawat masalah kulit kusam, jeragat, pori-pori dan segala masalah kulit berminyak dengan hanya satu pakej yang mudah dan terbukti kehasilannya.

Rasa teruja nak tahu? Meh klik.