28.4.13

Ceritera Hamil ❤ 16 Minggu ❤

Bismillahirrahmanirrahim.

Baby Shaklee in progress!

Wah lama betul saya tak update blog ni. Maaf ye. Saya dah pun di hujung minggu ke 16. Alhamdullilah.. Banyak betul yang saya nak kongsikan bersama. Dari mana nak start eh?

Okay, lepas je habis Trimester Pertama, saya dah start consume Trimester Kedua. Dalam set Trimester Kedua ini terdiri daripada Ostermatrix dan Vita-C, tapi Vita-C out of stock (disebabkan permintaan yang terlalu tinggi) jadi saya tukar kepada Vita-C Chewable. Khasiatnya sama, malah ia boleh dikunyah, sedap dan rasa oren! Vita-C ni memang bagus untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan juga menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.

Pengambilan ESP, B-Complex dengan Vita-Lea masih saya teruskan lagi ye.





Nak baca tentang kisah saya? Klik kalau nak.


PENGALAMAN 12-16 MINGGU

Kalau ada yang baca kisah saya sebelum ni, saya memang takde alahan mengandung. Syukur sangat. Tapi lepas minggu ke 12 saya mengalami pendarahan gusi. Sebelum mengandung lagi saya memang mengalaminya, disebabkan gusi yang tidak sihat. Tetapi mengandung ni dia jadi lebih teruk lagi. Boleh kata setiap pagi, semasa menggosok gigi, akan berdarah. Doktor kata normal, tapi dinasihat kena kerap ke klinik gigi.

Oh, saya tak pergi pun lagi klinik. Hehe.

Macam biasa, saya amalkan 3 biji Ostematrix sebelum tidur. Hasilnya, dalam masa kurang dari seminggu gusi saya tak berdarah. Besoknya pun sama. Pelik. Saya terus baca balik manfaat Ostematrix ni, padanlah pun. Ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Dan sangat bagus ye untuk ibu yang sedang mengandung untuk mengelakkan krem kaki atau ada yang panggil simpul biawak atau tarik mengkarung. Buat masa ni, saya tidak mengalami krem kaki lagi. Alhamdulillah..

Bestnya kan, Ostematrix ni!.

Perubahan ketara sekali Cik B semakin membesar dengan jayanya, hehe, dan perut akan rasa tegang je setiap pagi, macam penuh sangat air dalam perut ni dan ohmaigai!, stretch mark sudah mula nak tunjuk diri, malu-malu lagi nak keluar, terus saya search Anti-Stretch Mark Cream dan 'ter'menarik perhatian saya eh, dengan keluaran Mothercare. Dan apalagi, tanya Encik Suami dengan lemah gemalai hokeh bila dia free untuk ajak dia pergi beli. Hehe. Mengada je kan nak berkrim-krim ni.

Sebenarnya, tujuan saya beli jugak krim ni sebab bagus untuk ibu mengandung mengusap-usap perut kerana bayi di usia ni dah boleh merasai belaian umi dan abi dia. Tak kisah la, krim ke minyak ke. Lagipun rasa nyaman je sapu krim Mothercare ni sebab dia ada wangian sweet almond and shea butter dalamnya.

Selesa.

Dan, saya tak perlu risau pun sebab saya mengamalkan ESP dengan Vita-C yang saya tak pernah skip ye, Insya Allah, kedua jenis suplemen ini membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark. Nanti saya kongsikan jika stretch mark ini hilang ataupun tidak ye. Hehe.

Saya juga mengada-ada beli my first maternity dress dari Scarlet. Ikutkan tak perlu pun, tapi since dia dah ada less sampai 70% kan, kenapa tidak? Heh. Mata perempuan memang begini. Terima kasih sekali lagi pada Encik Suami sebab melayan kerenah isteri dia yang tak bekerja ni. Grrrr..



Oh, saya pun ada buat senaman tau!

Sebelum ni, senaman rutin ialah, sapu sampah, mop lantai, basuh baju, basuh pinggan, masak, cuci tandas dengan house chores yang lain. Hehe. Jadi, masuk je Trimester Kedua ni, saya buat Prenatal Exercise, yang mana sangat sangat bagus untuk setiap ibu mengandung ye. Di bawah ni, saya tunjukkan sebagai contoh, pada bakal ibu lain kalau nak juga senaman bolehlah cari mana-mana sumber dari youtube ke mahupun CD. Saya pilih youtube, senang, sebab boleh connect dengan TV.



Okay, cukup rasanya sampai sini. Bakal ibu-ibu di luar sana yang ingin dapatkan suplemen yang saya ambil ni, jangan segan silu ye hubungi saya di nombor yang disediakan di petak tepi atas sekali tuh. Fuh, panjangnya nak sebut. Insya Allah kita bertemu lagi.

Jazakallahu Khairan.

No comments:

Post a Comment