Siapakah Vitamom?

Assalamualaikum.

Vitamom tu saya. Saya ialah Vitamom. Mungkin anda semua belum kenal, sebab Vitamom ni baru je lahir ke dunia ni.

Vitamom adalah gabungan Vitamin dan Mom. Ibu & Vitamin. Saya adalah seorang ibu yang memerlukan roh dan jasad yang sihat supaya dapat beribadah dan menjalankan tanggungjawab saya kepada Allah, suami, ibubapa, anak-anak dan keluarga saya.

Adakah saya sorang sahaja ibu yang hidup di muka bumi ini? Maka dengan sebab saya sedar bahawa ada lebih dari sejuta ibu di bumi ini, saya terbitkan Vitamom.

Bukan setakat ibu. Semua orang, baik lelaki mahupun perempuan. Kesihatan jasad adalah penting dan perlu. Makanan yang hari-hari kita makan tu perlu juga, tapi dengan adanya suplemen tambahan, insya-Allah lebih kukuh lagi keyakinan terhadap kesihatan kita.

Baiklah.


Ada bermacam-macam jenis pengeluar suplemen di dunia ini. Orang ini kata A lagi bagus. Bukan, B lagi bagus. Bukan. C lagi meletup. Bukan. Guna la produk D. Sambil sihat sambil kaya. Macam-macam.

Tetapi saya sebagai Vitamom yang super, tidak peduli sangat tentang perkara itu. Ada orang kata pisang tak sedap, tapi sebenarnya ia mengandungi Pottasium, Vitamin C dan bermacam lagi. Begitu juga dengan produk-produk yang lain. Harga berbeza, tetapi hakikatnya ada juga zat-zat dan mineral-mineral yang diperlukan badan.

Pening sebenarnya memikirkan semua ini, terutamanya ibu yang ramai anak. Jadi di Vitamom ini, saya sediakan suplemen yang sesuai dengan keadaan, berdasarkan apa yang perlu, supaya tidak berlebih-lebihan, menggunakan produk keluaran Shaklee.

Kenapa Shaklee? Boleh jugak nak guna produk lain, tetapi bagi saya, ianya mudah, sudah established dan kalau nak beli pun, pergi satu tempat je. Korang semua pun senang kan?

Sesungguhnya suplemen terpenting untuk manusia sejagat adalah doa yang penuh iman dan tawakkal dengan penyerahan sepenuhnya kepada Allah, yang berkuasa keatas segala sesuatu, termasuklah mengizinkan suplemen yang kita ambik ni untuk berfungsi dan mujarab.

Dengan lafaz bismillah, izinkan saya, Vitamom yang super, menjual kepada anda suplemen-suplemen ini, insya-Allah dengan usaha kerdil ini, diizinkan Allah segala kefungsian dan kemujaraban bahan ciptaan Allah ke atas jasad-jasad kita.

Wallahu a'lam bissawab. Wabillahi taufiq wal hidayah.


No comments:

Post a Comment