26.3.13

Ceritera Hamil ❤ 12 Minggu ❤

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin
Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.

Maka terjawab sudah pertanyaan dalam mindaku.

Ada ke takde? Betul ke ni? Bukan tak percaya tetapi sepanjang tempoh 12 minggu ini saya tidak mengalami alahan seperti orang lain. Pening ke, loya ke, mengidam ke, memang takde. Alhamdulillah, saya antara salah seorang yang tidak mengalami alahan yang teruk. Sampai kakak-kakak pun berkata "kalau macam ni lah, mengandung tiap-tiap tahun pun sanggup"

Erk, Macam tu ye? Hehe.

Nak tahu apa suplemen yang saya ambil sejak dari awal kehamilan saya? Mehla baca ni.


TRIMESTER PERTAMA

Saya ketahui saya mengandung sejak usia kandungan 5 minggu. Justeru itu, saya mengambil langkah awal iaitu menjaga kandungan dari awal kehamilan lagi. Lebih-lebih lagi, kakak yang amat di kasihi merupakan salah seorang pengedar suplemen hebat Shaklee ini.

Mekaceh, kak.

Jadi, kakak memberi saya sebotol ESP Soy Protein, B-Complex dan Vita-Lea. Dan percaya atau tidak, saya tidak mengambil sebutir vitamin percuma yang diberi doktor pun kerana telah saya ketahui vitamin percuma seperti asid folik, obimin merupakan Vitamin Sintetik di mana vitamin yang tidak asli pembuatannya berbanding Vitamin Shaklee yang terbukti secara semulajadi dan organik.

Lagipun B-Complex sudah cukup lengkap kerana ia mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B termasuk asid folik (200mcg) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu, organ-organ penting yang lain.

Vita-Lea pula diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting. Ia meningkatkan kesihatan, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata dan lain lagi.

Untuk kelebihan ESP Soy Protein yang digemari ramai ini, sila ke ruang ini.

Masih lagi tak tahu apa itu vitamin organik dan sintetik? Jom tambah ilmu!


TRIMESTER KEDUA

Okay, saya sudah pun melepasi trimester pertama, dan seterusnya saya mengambil tambahan Ostematrix dan Vita-C bagi trimester kedua. Badan terasa sangat bertenaga, dah tak mengantuk, dan kurang rasa lapar.

Bestnya!

Ostematrix menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Ramai yang jatuh cinta dengan Vita-C Shaklee kerana ia merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah. Tidak hairanlah, Vita-C ini mendapat sambutan yang hebat sehinggakan kehabisan stok.

Menarik bukan?


TRIMESTER KETIGA

Walaupun saya belum melepasi trimester kedua, tapi Insya-Allah jika di beri kesempatan, untuk trimester ketiga, Omega Guard perlu di ambil. Ia sangat penting. Ada yang mengambilnya seawal minggu ke 24 lagi. Ia merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ia melindungi jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dan lain lagi.



Untuk mendapatkan kesemua trimester seperti yang saya amalkan ini dari Vitamom dengan harga yang super-duper best, bolehlah klik sini.

Akhir sekali untuk tatapan pembaca VitaMom yang super marvellous ini, saya kongsikan makhluk Kurniaan Allah dalam rahim saya. Sungguh besar ciptaan-Nya. Subhanallah.

Macam muka saya kan. Erkkkkk..? Apakah? Hehe.



Doakan kandungan ini selamat sehingga ke akhirnya.

Insya-Allah, Baby Shaklee is on the way, yeay!

Jazakallahu Khairan.

No comments:

Post a Comment